Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
makan

6 Resepi Masak Lemak Klasik Gaya Kampung Ringkas Untuk Anda Hasilkan

Banyak sebenarnya resepi masak lemak unik dan simple yang pasti akan menggamit selera anda!

Cover image via imgur.com

1. Nangka Masak Lemak Kuning

Nangka Masak Lemak Kuning

Image via MyResipi

Nangka Masak Lemak Kuning ini memang resepi klasik yang wajib anda cuba. Resepi ini memang simple tetapi begitu memuaskan kerana rasa lemak nangka dan santan yang sangat secocok. 

Dapatkan resepi penuh Nangka Masak Lemak Kuning di sini

2. Masak Lemak Cili Api Perut & Nanas

Masak Lemak Cili Api Perut & Nanas

Image via MyResipi

Bahagian perut lembu enak sekali jika dimasak lemak cili api. Tesktur perut yang kenyal memang sesuai dipadankan bersama rasa pedas masak lemak. Ditambah pula dengan buah nanas yang masam manis, memang menggamit selera! 

Dapatkan resepi penuh Masak Lemak Cili Api Perut & Nanas di sini

3. Masak Lemak Pisang Muda

Masak Lemak Pisang Muda

Image via MyResipi

Resepi Masak Lemak Pisang Muda ini merupakan lauk kampung yang sangat klasik. Lauk ini jarang dijumpai di kedai. Pisang muda amat sesuai dimasak lemak kerana rasanya yang tidak seberapa manis digabung dengan rasa pedas dan lemak yang sangat menyelerakan. 

Dapatkan resepi penuh Masak Lemak Pisang Muda di sini

4. Masak Lemak Cili Api Udang & Tempe

Masak Lemak Cili Api Udang & Tempe

Image via MyResipi

Resepi Masak Lemak Cili Api Udang & Tempe ini sangat mudah untuk disediakan kerana udang dan tempe tidak mengambil masa yang lama untuk dimasak. Hanya perlu direneh dalam kuah untuk beberapa minit sahaja. 

Dapatkan resepi penuh Masak Lemak Cili Api Udang & Tempe di sini

5. Masak Lemak Kambing Cili Api

Masak Lemak Kambing Cili Api

Image via MyResipi

Lauk daging kambing pasti laku di meja makan. Lebih-lebih lagi, lauk Masak Lemak Kambing Cili Api ini. Resepi ini memang lazat kerana rasa daging kambing yang lebih menyerlah apabila dimasak lemak cili api.

Dapatkan resepi penuh Masak Lemak Kambing Cili Api di sini

6. Masak Lemak Cili Api Terung Pipit

Masak Lemak Cili Api Terung Pipit

Image via MyResipi

Resepi Masak Lemak Terung Pipit pasti membuat sesiapa tersenyum gembira. Walaupun simple, lauk ini memang klasik dan lazat kerana terung pipit sangat sesuai untuk dimasak bersama masak lemak cili api. 

Dapatkan resepi penuh Masak Lemak Terung Pipit di sini

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Elakkan santan pecah ketika masak lemak dengan tips ini:

Jom check out banyak lagi resepi masak lemak yang simple ini:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment