Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
makan

Ini Resepi Pau Kukus Gebu & Lembut Yang Simple. Jom Ngeteh!

Pau gebu gebas, makan panas-panas.

Pau gebu gebas yang lembut ni semestinya menjadi juadah atau kuih favourite kalau nak sarapan atau minum petang?

Cuba bayangkan suapan pertama masuk mulut tu, umphh sooo lembut, banyak inti pula tu!

Image via Sinar Harian

Nak hasilkan pau yang gebu dan lembut? Jom follow resepi yang dikongsikan oleh resepi pau gebu di Facebook ini. Bukan tu je, you guys boleh masukkan inti pau yang padat ke dalam pau mengikut cita rasa! Tunggu apa lagi? Jom...

Bahan-bahan:

  • 250g atau 2 1/2 cawan tepung pau atau tepung gandum (diayak)
  • 3g atau 3/4 sudu teh yis 
  • 2g atau 1/2 sudu teh baking powder
  • 50g atau 4 sudu makan gula kastor
  • 20g atau 1 sudu makan lemak sayuran (boleh digantikan dengan minyak)
  • 2g atau 1 sudu teh bread softener (pilihan)
  • 1/2 cawan air suam

Cara penyediaan:

1. Gabungkan tepung, yis, baking powder, bread softener dalam mangkuk adunan. Uli sehingga sebati, sambil masukkan air suam sedikit demi sedikit.
2. Masukkan lemak sayuran. Uli sehingga doh tidak melekat dan licin.
3. Biarkan doh pada suhu bilik selama 10 minit.
4. Kemudian, bahagikan doh kepada 10 bahagian kecil.
5. Leperkan doh untuk masukkan inti. Selepas itu, bulatkan doh menjadi pau.
6. Letakkan pau ke atas kertas empat segi (2"x 2') atau daun pisang.
7. Didihkan air dalam pengukus, kemudian letakkan pau dan kukus selama 10 minit.

Jika anda menggunakan bread maker:
1. Masukkan air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula kastor, bread softerner dan lemak sayuran (masukkan mengikut urutan).
2. Pilih menu dough dan start.
3. Biarkan doh dalam bread maker selama 10 minit sahaja.

Tips supaya pau lebih licin dan gebu:

1. Pastikan air betul-betul panas dan mendidih supaya pau anda kelihatan gebu dan licin. 
2. Apabila pau dah masak, angkat bahagian kukusan dan penutupnya sekali supaya mengelakkan wap masuk ke dalam pau. Jangan buka penutupnya sahaja, nanti pau kemek dan tak cantik! 

Ta-daaaa inilah hasilnya. Gebu, licin, lembut dan padat dengan inti. Sedia untuk dihidang!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Dah ada resepi pau, mestilah nak buat inti kan? Nah resepi inti kacang merah yang senang dan sedap...

Inginkan resepi minum petang yang lain?

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan gajet dapur yang sangat berguna ini:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment