Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
makan

5 Jenis Pisau Yang Wajib Anda Tahu Bila Jejak Kaki Di Dapur

Jom kenali jenis-jenis pisau ini supaya tak keliru lagi!

1. Slicing knife

Image via Tokopedia

Pisau jenis ini kebiasaannya untuk memotong daging atau ikan. Bukan itu saja, pisau ini perfect untuk sesiapa yang nak buang tulang dan ambil daging sahaja. Bilah pisau jenis ini mempunyai kepanjangan ukuran 8 hingga 12 inci. Pisau ini juga mempunyai mata yang rounded dan pointed di depan. Haa, take note! Jangan buat potong roti pula...

2. Chef's knife

Image via Amazon

Chef's knife ini merupakan pisau yang multipurpose. Boleh digunakan untuk chopping, slicing, potong sayur-sayuran, buah-buahan dan juga daging! Yang ni memang all-in-one. Kebiasaanya bilah pisau berukuran 6 hingga 8 inci panjang. 

3. Cleaver

Image via Knife Center

Fuh, yang ni paling besar sekali dalam family pisau! Yang ni fungsinya untuk memotong daging, part-part tulang yang besar dan tebal tu. Guna cleaver ni tau... Bukan slicing knife. Selain itu, boleh juga digunakan untuk chopping bawang putih atau bahan tumis supaya dicincang lebih kecil dan halus. Bentuk bilah pisau ini seperti segi empat dan memanjang. 

4. Bread knife

Image via Shopee

Ini kepada sesiapa penggemar pastry, inilah pisau untuk memotong roti! Yang ada gigi tu kat belah bawah bilah pisau. Kalau nak potong roti selalunya kita gunakan teknik macam gergaji... Haa, sebab itu pisau roti ada gigi untuk mudahkan potong roti! 

5. Paring knife

Image via Ikea

Haa, yang ni paling kecil dan comel dalam keluarga pisau! Namanya paring knife. Fungsinya adalah untuk mengupas bawang dan kulit buah. Bukan untuk potong daging tau...

Jangan salah guna pisau lepas ni!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Dah kenal pisau, jom belajar teknik potongan yang lawa dan kemas:

Anda pasti perlukan gajet-gajet ini di rumah, fuh masak laju!

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment