Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
makan

4 Resepi Sarapan Pagi NESTLÉ KOKO KRUNCH Yang Unik & Berkhasiat

Jom kita hasilkan resepi-resepi breakfast popular ini dengan 'twist' yang menarik!

Cover image via Seismik Makan

Semua je suka nikmati NESTLÉ KOKO KRUNCH untuk sarapan, dihidangkan dengan susu segar sejuk memang padu!

Image via Giphy

Tetapi, apa kata kita gunakan NESTLÉ KOKO KRUNCH untuk membuat hidangan sarapan lain yang unik dan sedap?

Dengan sedikit kreativiti, anda boleh menggunakan NESTLÉ KOKO KRUNCH untuk membuat pelbagai hidangan sarapan pagi yang menarik dan memuaskan!

Tak percaya? Jom tengok video di bawah untuk belajar buat 4 resepi sarapan unik NESTLÉ KOKO KRUNCH:

1. NESTLÉ KOKO KRUNCH Breakfast Jar

Image via Seismik Makan

Bahan-bahan:

  • 25g NESTLÉ KOKO KRUNCH
  • 1/2 cawan (120ml) yogurt strawberi
  • Buah-buahan segar seperti strawberi, beri biru dan kiwi (untuk topping)
Cara-cara:

1. Masukkan separuh daripada yogurt strawberi ke dalam sebuah balang mason.

2. Lapiskan dengan lapisan NESTLÉ KOKO KRUNCH dan yogurt strawberi sehingga habis bahan-bahan.

3. Hiaskan dengan buah-buahan segar yang telah dipotong menjadi kiub.

2. NESTLÉ KOKO KRUNCH Waffles

Image via Seismik Makan

Bahan-bahan:

  • 20g NESTLÉ KOKO KRUNCH (dihancurkan) + 10g (untuk topping)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu besar gula
  • 1 telur
  • 3/4 cawan telur
  • 1/4 cawan mentega (dicairkan)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Secubit garam
  • Madu
  • Buah-buahan segar seperti strawberi dan beri biru
 Cara-cara:

1. Pertama sekali, masukkan NESTLÉ KOKO KRUNCH ke dalam sehelai plastik ziplock, dan hancurkan menggunakan bahan keras (seperti lesung batu ataupun penggelek kayu).

2. Untuk membuat adunan pula, dalam satu mangkuk gabungkan susu, mentega, telur dan esen vanila. Gaul sehingga sebati.

3. Dalam mangkuk yang asing, gaul gandum, gula, serbuk penaik dan garam sehingga sebati.

4. Masukkan campuran bahan basah ke dalam mangkuk yang mengandungi bahan-bahan kering. Pukul sehingga sebati.

5. Masukkan serpihan NESTLÉ KOKO KRUNCH dan gaul sehingga rata.

6. Panaskan acuan waffle dan sapukan minyak secukupnya. Cedokkan adunan ke dalam acuan. Masak sehingga garing dan keperangan.

7. Hidangkan bersama madu, potongan buah-buahan segar dan juga NESTLÉ KOKO KRUNCH.

3. NESTLÉ KOKO KRUNCH Smoothie Bowl

Image via Seismik Makan

Bahan-bahan:

  • 2 pisang bersaiz sederhana (dibekukan, dipotong kecil)
  • 25g NESTLÉ KOKO KRUNCH (dikisar menjadi serbuk) + 5g (untuk topping)
  • 1/2 cawan oats
  • 1/2 sudu besar madu
  • 1 cawan susu
  • 8-10 biji kacang badam
  • Buah-buahan segar seperti strawberi dan beri biru (untuk topping)

Cara-cara:
1. Masukkan NESTLÉ KOKO KRUNCH ke dalam pengisar dan kisar sehingga menjadi serbuk.

2. Masukkan pisang, oats, madu, susu, kacang badam dan serbuk NESTLÉ KOKO KRUNCH ke dalam pengisar dan kisarkan sehingga lumat.

3. Hidangkan bersama potongan buah-buahan segar dan NESTLÉ KOKO KRUNCH.

4. NESTLÉ KOKO KRUNCH Peanut Butter Roll Ups

Image via Seismik Makan

Bahan-bahan:

  • NESTLÉ KOKO KRUNCH 20g (crushed) + 10g (untuk topping)
  • 4 keping roti mil penuh / roti putih putih
  • 2 pisang bersaiz sederhana (dipotong)
  • 2 sudu besar mentega kacang
  • 2 sudu besar sos coklat separa manis
Cara-cara:

1. Pertama sekali, masukkan NESTLÉ KOKO KRUNCH ke dalam sehelai plastik ziplock, dan hancurkan menggunakan bahan keras (seperti lesung batu ataupun penggelek kayu).

2. Potong kulit roti. Kemudian, menggunakan penggelek kayu, leperkan roti.

3. Sapukan mentega kacang ke atas roti dan taburkan NESTLÉ KOKO KRUNCH.

4. Seterusnya, lapiskan kepingan pisang. Gulung roti dengan ketat.

5. Hidangkan dengan sos coklat separa manis dan taburan NESTLÉ KOKO KRUNCH.  

Menarik kan resepi-resepi ini?

Jom mulakan hari anak anda dengan sarapan pagi yang simple, sedap dan unik. Ia pasti akan memberikan mereka semangat dan keceriaan!

Image via NESTLÉ KOKO KRUNCH

Diperbuat daripada bijian penuh, NESTLÉ KOKO KRUNCH diperbuat daripada bijian penuh. Bijian penuh kaya dengan serat, protein, vitamin B, mineral dan lemak yang baik yang digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga.

Selain itu, NESTLÉ KOKO KRUNCH juga tinggi dengan vitamin B yang dapat membantu membebaskan tenaga dari makanan.

Bukan itu sahaja, bijirin ini juga tinggi dengan zat besi yang penting dalam pembentukan sel darah merah.

Satu hidangan NESTLÉ KOKO KRUNCH memenuhi 45% keperluan harian* anak anda untuk vitamin B2, B3, B6 dan Zat besi!

Tunggu apa lagi? Jom lah cuba hasilkan resepi-resepi menarik ini!

Untuk maklumat lanjut NESTLÉ KOKO KRUNCH, sila layari laman web mereka di sini.

*RNI 2017( 7-9 tahun)

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via says.com

Lihat artikel-artikel di bawah untuk banyak lagi resepi sedap:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment